CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

KENALI HIDUPAN SERANGGA

Apa itu Serangga?

Serangga ialah benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata, kelas Insecta, yang mempunyai bilangan spesies terbanyak. Di habitan daratan, serangga paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropod. Serangga boleh didapati dalam pelbagai habitat di bumi ini, malah anda akan mendapati banyak serangga berkongsi habitat dengan manusia, sama ada di halaman rumah ataupun di dalam rumah. Serangga mempunyai banyak kepentingan sama ada secara langsung maupun tidak langsung terhadap kehidupan manusia di bumi ini.

 Mari kenali Rama-rama.
Rama-rama (bahasa Inggeris: moth) merupakan sejenis serangga dalam pengkelasan dikelompokkan kepada order Lepidoptera, sama seperti kupu-kupu. Pembahagian susunan Lepidoptera kepada rama-rama dan kupu-kupu merupakan pembahagian popular, namun bukan merupakan pembahagian taksonomi saintifik.Ramai orang keliru antara kupu-kupu dan rama-rama. Perbezaan fizikal utama ialah pada sesungutnya. Kebanyakan kupu-kupu mempunyai sesungut berfilamen yang langsing dan berbentuk belantan di hujungnya. Sesungut rama-rama pula lebih berbulu.Perbezaan lain ialah rama-rama akan merentangkan sayapnya apabila berehat, sementara kupu-kupu sayapnya terlipat tegak di atas tubuh pada waktu berehat.Kebanyakan kupu-kupu aktif pada siang hari dan oleh itu berwarna-warni, manakala rama-rama aktif pada malam hari dan tertarik kepada cahaya lampu.

Mari tengok Kitaran Hidup Rama-rama.


1 comment:

  1. Alahamdulilah...dapat juga siapkan video rama-rama ni bnyak ringtangan nk siapkan berkat kesabaran dan pertolongan dr my husband akhirnya berjaya..tenkiu..(^_^)..

    ReplyDelete